Pengumuman
Bil. | Perkara | Dokumen | Dicipta Pada |
---|---|---|---|
1 |
NOTIS PEMBERITAHUAN PELAKSANAAN PILOT RUN MALAYSIAN CUSTOMS IMPORT/EXPORT DOCUMENT SYSTEM (MyCIEDS) YBhg. Datuk/ Dato'/YBrs. Dr./ Tuan/Puan, Dimaklumkan bahawa pelaksanaan Pilot Run bagi 'Pendaftaran Ejen' akan dilaksanakan melalui sistem MyCIEDS bermula pada 30 Jun 2025. Manakala penghantaran dokumen perlu dilakukan seperti biasa melalui SDSIE sehingga 13 Julai 2025. Bermula 14 Julai 2025, penghantaran dokumen sokongan melalui SDSIE akan dihentikan sepenuhnya dan akan digantikan dengan penghantaran dokumen sokongan melalui sistem MyCIEDS. Dokumen sokongan sedia ada yang telah dimuat naik dalam sistem SDSIE tetap akan diproses oleh pegawai penaksir sehingga selesai mengikut prosedur sedia ada. Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung melalui Urusetia Bahagian Perkastaman Selangor di 03-3169 3675 atau melalui mycieds.selangor@customs.gov.my Sekian, terima kasih. |
- | 24/06/2025 |
971
Jumlah Syarikat Berdaftar
3220
Jumlah Staf / Ejen Berdaftar
Soalan Lazim
-
Apakah maksud SDSIE?
SDSIE adalah singkatan kepada Sistem Dokumen Sokongan Import Eksport yang berfungsi sebagai sistem sokongan bagi proses taksiran Import Eksport di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Pelabuhan Klang, Selangor.
-
Apakah fungsi SDSIE?
SDSIE berfungsi sebagai pengantaraan pemudahcara ke atas penghantaran dokumen sokongan di antara pegawai JKDM dan syarikat Ejen Penghantaran/ Direct User bagi setiap Borang Kastam yang telah diikrar melalui Sistem Maklumat Kastam (SMK).
-
Siapa yang wajib berdaftar dengan SDSIE?
Golongan yang WAJIB melakukan pendaftaran SDSIE adalah syarikat Ejen Penghantaran/ Direct User sahaja. Hanya status PENGARAH SYARIKAT SAHAJA yang boleh berdaftar SDSIE dan nama pengarah yang berkenaan mestilah sepadan dengan data SMK dan disahkan pendaftarannya oleh Unit Kawalan Ejen (UKE) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Unit II, Selangor sebagai pentadbir akaun sesebuah syarikat.
-
Bolehkah syarikat pengimport/ pengeksport berdaftar SDSIE?
Direct User (DU) merupakan satu kelulusan di bawah Seksyen 90(7) Akta Kastam 1967 dan memiliki kod sebagai DU yang diberikan kepada PENGIMPORT ATAU PENGEKSPORT dimana menggunakan pekerjanya sendiri untuk berurusan dengan pihak Kastam bagi tujuan pelepasan dagangan kepunyaan syarikat sendiri tanpa menggunakan perkhidmatan Ejen Penghantaran.
-
Adakah dokumen fizikal diperlukan ketika permohonan pendaftaran
SDSIE?
Tiada dokumen fizikal diperlukan ketika permohonan pendaftaran syarikat. Walaubagaimanapun, sekiranya status permohonan SDSIE ditolak atas sebab nama pengarah tidak sepadan dengan data SMK, syarikat dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) -Corporate Info yang terkini kepada UKE.